CONNECT YOUR DATABASE
Bawa customer sedia ada ke satu workspace.
→Customer Retention & Revenue Intelligence
FLO membantu team anda mengenal pasti customer yang perlukan perhatian, mengambil tindakan seterusnya dan mengubah database sedia ada menjadi repeat sales yang boleh diukur.
THE HIDDEN OPPORTUNITY
Database mungkin semakin besar. Tapi berapa ramai yang benar-benar kembali membeli?
THE REVENUE LEAK
Tanpa sistem susulan, customer yang pernah percaya pada bisnes anda perlahan-lahan menjadi tidak aktif, terlupa dan akhirnya hilang.
THE NEXT ACTION ENGINE
REACTIVATION ENGINE
TEAM ACCOUNTABILITY
FLO tunjukkan siapa dalam team yang dah contact, siapa yang belum, dan berapa ramai customer yang akhirnya kembali. Semua dalam satu paparan.
REVENUE INTELLIGENCE
Ia adalah aset yang boleh menghasilkan repeat sales.
BUILT AROUND YOUR CUSTOMER CYCLE
FLO tracks the customer cycle and tells your team exactly when the next action is due.
HOW FLO WORKS
Bawa customer sedia ada ke satu workspace.
→Status dan tempoh tidak aktif dikenal pasti.
→Setiap customer diberi tindakan dan owner.
→Lihat siapa kembali dan hasil yang dijana.
Harga & Pelan
Pilih pelan yang sesuai dengan saiz pasukan anda. Boleh naik taraf atau turun pada bila-bila masa.
Sesuai untuk perniagaan kecil yang baru mula uruskan pelanggan secara sistematik.
Untuk perniagaan yang serius urus pelanggan, marketing, dan analitik dalam satu platform.
Untuk perniagaan yang sedang berkembang dengan keperluan lebih dari Starter.
🎁 7 hari percuma — tiada kad kredit diperlukan · ✓ Bayaran FPX · ✓ Cancel bila-bila masa
FAQ
Jawapan kepada soalan yang selalu ditanya tentang FLO.
FLO ialah platform customer retention & follow-up yang direka khas untuk PKS, kedai, klinik, salon, dan perniagaan servis yang sudah ada customer database tetapi tidak ada sistem untuk follow-up mereka secara konsisten. Kalau anda ada WhatsApp contact customer tapi jarang hubungi mereka semula — FLO adalah untuk anda.
Ya. Anda boleh tambah customer satu-satu atau import rekod terus ke dalam sistem. FLO menyokong input manual dan akan menyokong CSV import dalam masa terdekat. Data lama anda jadi lebih berguna dengan FLO.
FLO tunjukkan siapa yang perlu dihubungi hari ini, berdasarkan tarikh kunjungan terakhir dan status follow-up. Team anda nampak senarai tindakan yang jelas setiap pagi — hantar WhatsApp terus dari sistem, rekod balasan, dan pantau siapa yang dah kembali.
Ya. Pelan Flo Business menyokong sehingga 10 orang staf. Owner keluluskan akses staf, dan setiap staf boleh buat follow-up dalam workspace mereka sendiri tanpa campur tangan data sensitif owner.
FLO dibina khusus untuk PKS. Tiada setup rumit, tiada keperluan teknikal, dan onboarding boleh siap dalam masa 15 minit. Harga bermula RM49/bulan — berbaloi berbanding kehilangan seorang customer yang tak difollow-up.
Pembayaran langganan menggunakan FPX (internet banking Malaysia) melalui Chip-in.asia — selamat dan terus dari bank anda. Tiada kad kredit diperlukan.
Ya. Tiada kontrak jangka panjang. Anda boleh cancel langganan pada bila-bila masa dan akses masih aktif sehingga tamat tempoh bulan semasa. Data anda tidak dipadam serta-merta.
Anda boleh Book Free Demo untuk lihat FLO berfungsi dengan data contoh sebelum langgan. Hubungi kami di hello@m-code.net dan kami akan buat walkthrough bersama anda.
WhatsApp tidak ada had rasmi seperti "50 mesej sehari = spam." Ia bergantung kepada corak penggunaan dan feedback penerima — bukan jumlah semata-mata. Risiko naik bila mesej dihantar kepada orang yang tidak pernah engage, mesej yang sama diulang-ulang, atau bila banyak penerima block/report nombor anda.
FLO direka untuk follow-up customer yang memang pernah berurusan dengan anda — bukan cold leads. Ini menjadikan follow-up melalui FLO jauh lebih selamat kerana penerima memang expect untuk dihubungi semula.
Tiada angka tetap, tetapi panduan praktikal: hantar kepada customer sebenar yang pernah berurusan dengan anda, bukan cold contact. Hantar 100 mesej kepada customer yang kenal bisnes anda jauh lebih selamat berbanding 30 mesej kepada nombor rawak yang tidak kenal anda.
FLO membantu anda kekal dalam zon selamat — setiap customer dalam sistem adalah orang yang sudah ada hubungan dengan perniagaan anda. Ini beza besar berbanding blasting mesej promosi kepada senarai nombor yang dibeli.
Ini perbezaan yang kritikal. Blast beramai-ramai bermaksud hantar mesej promosi kepada ratusan nombor sekaligus — ramai yang tidak kenal anda, tidak expect mesej, dan kemungkinan besar akan block atau report. Ini yang menyebabkan nombor kena ban.
Follow-up manual melalui FLO berbeza sepenuhnya — staff buka profil customer, lihat konteks kunjungan terakhir, kemudian hantar mesej peribadi melalui WhatsApp mereka sendiri. Penerima adalah customer sebenar yang dah kenal bisnes anda. WhatsApp lebih toleran terhadap corak ini kerana ia menyerupai perbualan manusia biasa.
FLO tidak menghantar WhatsApp secara automatik — tiada bot, tiada API blast. Staff klik butang dalam FLO yang akan buka WhatsApp mereka sendiri, kemudian tekan Send secara manual. Ini bermaksud mesej dihantar dari nombor peribadi staff, bukan nombor bisnes terpusat.
Risiko ban paling tinggi adalah apabila satu nombor hantar mesej seragam kepada banyak orang dalam masa singkat. Dengan FLO, mesej tersebar merentasi beberapa nombor staff, kepada customer yang memang ada hubungan — risiko jauh lebih rendah.
Mesej yang peribadi dan relevan jauh lebih selamat daripada template promosi yang sama untuk semua. Contoh yang baik:
"Hi Encik Ahmad, dah sebulan lebih tak nampak — harap semuanya baik. Ada apa-apa yang boleh kami bantu?"
vs yang berisiko:
"PROMOSI MINGGU INI! Diskaun 20% untuk semua servis! Hubungi kami sekarang!"
FLO membantu staff lihat nama, rekod kunjungan, dan status customer sebelum hantar mesej — supaya setiap follow-up terasa manusiawi, bukan seperti iklan.
Beberapa amalan yang disyorkan:
✓ Peribadikan mesej — sebut nama customer, jangan hantar mesej copy-paste yang sama kepada semua.
✓ Hantar secara berperingkat — jangan hantar 50 mesej dalam masa 10 minit. Sebarkan sepanjang hari.
✓ Hanya hubungi customer yang kenal anda — FLO simpan rekod hubungan, bukan cold leads.
✓ Bagi pilihan untuk berhenti — customer yang tak minat lagi boleh beritahu anda supaya tidak dihubungi.
FLO menyokong amalan ini dengan memastikan setiap follow-up ada konteks — nama, tarikh kunjungan, dan status hubungan customer anda.
YOUR DATABASE IS ALREADY VALUABLE
Lihat bagaimana FLO boleh membantu team anda menjaga customer, mengaktifkan semula peluang lama dan membina repeat sales secara lebih sistematik.
✓ No complicated setup ✓ Built for SME ✓ Clear next actions